Ikut BH jom

Wednesday, April 22, 2015

Gift yang simple - Strawberry Chocolate Bouquet

Tiap kali nak bagi hadiah jer pening...kadang-kadang memang tak ada idea langsung..

Sweet.Simple.Special tu tema aku..

Saja nak bagi congratulation gift.. tapi tak nak la yang luxury sgt..atau kebendaan sgt...jadinya food pun best jugak...

So i goolge2 and found this

Strawberry Chocolate Bouquet

TAPI TAPI TAPI..bila cari resepi..banyak nya kene boil cokelat tu..aku kan pemalas..xnak renyah2 sgt..so kena fikir la cara yang paling mudah dan cepat...

Fikir punya fikir..

tinnnnggg!!!

Cari jer cokelat yang terus boleh guna...pastu celup jer la strawberry dalam tu kann...tak payah la nak masak bagai...



Resepi:
Strawberry
Cokelat (Hershey's shell)

Hiasan:
Kertas
Lidi
Benang/tali
Sellotape

 Cara-cara:

1. Basuh strawberi dan keringkan
2. Cucuk strawberi pada lidi
3. Celupkan strawberi dalam cokelat

Kalau celupkan dulu strawberi dalam choc. pn boleh..tapi macam susah sikit nak cucuk dekat lidi..melainkan kalau nak simpan dalam peti dulu strawberi choc tu sebab choc tu tak terus keras pun.. Aku bajet Cokelat (Hershey's shell) tu terus keras..tapi bingai jugak la..dia terus keras kalau kena benda sejuk..dah strawberi tu tak sejuk macam ais krim so memang tak keras la choc. tu...

4. Susunkan lidi-lidi yang dah dicucuk strawberi choc tadi tu...pepandai la susun dan bentukkan ala2 flowers bouquet

5. Sellotape tengah2 lidi tu..jangan ketat sangat..nanti tak kembang bentuk strawberry choc tu..

6. Balut bahagian tangkai dengan kertas..pun jangan ketat2 sangat. cuma pastikan lidi2 tu tak bergerak dan kukuh

7. letakkan strawberry choc. yang dah dibalut tadi tu atas kertas lain..

8. Ikat tangkai dengan benang/tali

Hasilnya...



Thursday, November 13, 2014

Kahwin? ape tu?????!

Dulu kemain kan..azam tiap-tiap tahun nak kahwin nak kahwin nak kahwin...tapi sampai sekarang pun tak kahwin2..calon pun kejap wujud kejap hilang.. sobs!

Bulan 12 ni kawan aku kahwin..pasti sudah pasti soalan panas dia "hang bila nak kahwin zera"?

Aku nak bagi jawapan apa?

1. Saya tak laku..muka tak lawa..body tak sexy
2. Tunggu umur macam cik ta..baru boleh dapat laki macam zain..auwww..so cute anak aku nanti...nak harap gen sendiri maklum la tak seberapa
3. Tunggu umur macam wan maimunah..boleh dapat tokey kacang pool..sedap tu kacang pool..
4. Tunang aku curang kahwin dengan orang lain..kojaq sangat dia.. pui! pui! pui! haktuih!

Jom layan lagu ni..


Wednesday, November 12, 2014

Musim Konvo

Bestnyaaa bestnyaaaa..tengok orang lain konvo aku yang meremang...




Hari tu sempat la jenguk2 my lab mate..amek mood kasi up sikit rjin tu...


Congrats Dr. Sim..


Bila la turn aku?
 Insyaallah..coming soon...