Ikut BH jom

Sunday, February 21, 2010

Bila bini curang dengan laki sendiri

Aku saje search2..sekali terjumpa kisah ni...gile la bini die...tp kisah benar ke tipu tu aku xthu la kan...kot2 cerpen karya sape2 ke kn..ahhaha..tp mmg dasyat kecurangan bini die neh...
.
.
.
.
.
.
.

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami
belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima
kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum
kehadiran orang ketiga ( anak). Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi
bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet
terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka
bermain chatting. 



Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku. Pada satu waktu (malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya.
Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar.Padahal aku pergi ke cyber cafe berhampiran rumah kami. Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. 



Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan
menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami
berinteraksi melalui email. Sepanjang waktu itu, isteriku tidak pernah
mengatakan bahawa dia sudah pun bersuami sebaliknya bila ditanya dia
menafikan. Akhirnya aku bertindak untuk memancing isteriku. Dalam pada
itu, kami telah menjalin hubungan cinta melalui email. Foto yang ku
kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto
temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto
asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari
kami berinteraksi melalui email. 



Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temu janji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati. Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary,aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui talifon tangan bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. 



Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restaurant hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam. 



Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di
kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu
juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. 



Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku. Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di
kamar tersebut. 



Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. 



Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia
tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus
memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada
isteriku. 



Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan
pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung
pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku. Setelah tamat #### kami yang
berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu. 



Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja.Sesungguhnya dia masih isteriku dan aku suami yang malang.

Nauzubillah....




 




8 luv2 BH:

aiman afiq. said...

kesian gile dapat bini macam tu.
mintak2 dijauhkan.aminn.

~NURUL~ said...

oh dah pernah bace dah cite ni.. kadang2 kesian kat laki y baek2 ni kan.. cam tu lah dunia.. mesti ade kurg dlm 1 1 pasangan.. fuhh ak cam bagi ceramah pule.. ngehehe..

s.c.h.u.l.t said...

org cakap anang dgn kris pon macam tu al kisah

embun d tengah malam said...

cian2

saeko_nakamura said...

huhuhuhu..sedeynya ak dgr..ko ni cm da nk kwen!huu~

Anonymous said...

giler nyer isteri...

bidadarihijau said...

yani: tnggu org dtg pinang jek...hahhaha

ano: mmg gile..

Anonymous said...

perhhh x dpt ak byng kn..