Rajah 1: Gambarajah menunjukkan perbualan di antara adik yang baik dan kakak yang kurang baik..hahaha [sekarang mode menaip thesis..=P]
Sampai situ jer laaaa..aku malas nak snip banyak2...kalau mau baca pergi add fb aku sendiri...*wah bajet macam artis hot antarabangsa laa orang nak add..kahkahkah...tapi kalau ada insan yang betul-betul nak add, inbox la aku bagitahu...
"HAI CIK BH YANG COMEL..APPROVE LA SAYA"...kahkahkah...
kalau sebut BH tu aku tahu laaa...member2 aku tak ada pun yang panggil aku BH...blog aku pun bukan ramai yang tak tahu...:P..
Aku dah melencong sampai ke Paris dah ni....Tadi nak ke london saja...kuikui...Di sebabkan akak aku yang gilossss ni mewakili cousin aku mintak resepi kuih raya *seperti di Rajah 1, soooo ibuku mencari dengan penuh tekun sekali....
dan hasilnyaaaa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2...wakakaka
Rajah 2: Gambarajah menunjukkan resepi London Almond [punya laa nak tulis dalam BM...bubuh p la Almond London...kan kata nama khas...n den italickan dia..hahahaha *ini panduan menulis thesis dalam BM yeee]
Sampai dah kuning2 kertas tu..aku tak tahu la berapa kurun lama mak aku simpan..tapi serious sedap resepi ni...lain dari yang lain...
Kalau tak boleh nak baca meh aku tolong taipkan
ALMOND LONDON
Bahan-bahan:
450g tepung gandum
50g cornflakes, diramas
250g majerin
100g gula halus
4 biji telur (2 biji diambil kuning sahaja)
125g badan (dibakar rangup)
250g coklat masakan
Badam cincang untuk dijadikan hiasan
Cara membuatnya:
1. Pukul majerin dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau
3. Masukkan tepung dan cornflakes,gaul hingga sebati
4. Bentukkan adunan dan isikan badam rangup di dalamnya
5. Bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit hingga masak
6. Sejukkan biskut
7. Celupkan biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
8. Tabur badam cincang
Try laaa ye puan-puan...memang dijamin sedap kecuali kalau dah memang xada bakat memasak..hahaha...~~~




3 luv2 BH:
resipi london almond! erk, tapi yana x buat kuih raya... hukhukhuk
semua beli! dah x rasa mood raya tu
kalau air tangan pun tak sedap, mmg jd tak sedap la..hehehe
jom ngok, Header baru lagi.. Hehehe
bleh try ni...:P
Post a Comment